Rabu, 4 November 2009

TAKLIMAT ZAKAT PENDAPATAN MELALUI POTONGAN GAJI ATM 2009

Program taklimat zakat pendapatan telah diadakan di Dewan Sri Angkasa Pangkalan Udara Kuching pada 23 Oktober 2009 hari Jumaat. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh penceramah daripada Jabatan Baitul mal Sarawak. Pesreta yang mengikuti majlis tersebut adalah seramai 250 orang anggota yang terdiri daripada pegawai dan anggota LLP Pangkalan Udara Kuching.Antara taklimat yang disampaikan beliau ialah mengenai tabung Baitul Mal Sarawak telah mengambil pendekatan yang proaktif dengan mewujudkan Borang permohonan online untuk semua Program Bantuan Tabung Baitul Mal Sarawak sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa.Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan urusan para pelanggan TBS untuk mendapatkan borang bantuan tanpa pergi ke pejabat TBS yang terdekat.Para peserta amat berpuas hati dengan program ini.

Isnin, 21 September 2009

Amalan yang digalakkan & Kesilapan di Hari Raya

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal
(kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.



RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri


"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

Selasa, 25 Ogos 2009

CERAMAH AWAL RAMADHAN


Bersempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelang tidak lama lagi, satu ceramah awal Ramadhan telah diadakan. Pada 13 hb Ogos bertempat di Surau As-Syuhada, Batu kawa, program ceramah telah dilaksanakan. Program itu diadakan sebanyak 2 kali dan 1 lagi program ceramah telah dilaksanakan pada 20 ogos 09 bertempat di Surau Amru Al- Ash, Batu 10 1/2, Kuarters Perumahan TUDM, Serian. Antara pengisian pada malam itu adalah mengenai perkara yang harus dilakukan sempena menyambut Bulan Ramadhan seperti amalan bersedekah, bertadarus dan sembahyang tarawikh. Penceramah pada malam itu adalah Pegawai Agama Pangkalan iaitu Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami.

Jumaat, 14 Ogos 2009

KUNJUNGAN USRAH KAGAT DI RUMAH PEGAWAI AGAMA PANGKALAN


Pada awal bulan Julai yang lalu, ahli-ahli KAGAT sekitar Kuching telah mengadakan satu sesi kunjungan di rumah Pegawai Agama Pangkalan TUDM Kuching iaitu Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami.

Kunjungan yang diadakan ini bertujuan untuk menziarahi isteri kepada Pegawai Agama Pangkalan yang telah selamat melahirkan seorang cahayamata lelaki pada tanggal 08 jun 09.Seramai 15 orang ahli-ahli KAGAT telah hadir untuk memeriahkan suasana. Semoga si kecil yang selamat dilahirkan itu akan terus membesar dengan sihat dan ceria.

LAWATAN KEBAJIKAN DIRUMAH PEGAWAI AGAMA PANGKALAN


Kuching- Julai 2009- Satu sesi lawatan kebajikan telah diadakan dirumah Pegawai Agama Pangkalan TUDM Kuching iaitu Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami. Lawatan ini telah dihadiri lebih kurang 10 orang anggota yang terdiri dari staf Pejabat Agama Pangkalan.

Lawatan yang diadakan itu bertujuan untuk menziarahi isteri Pegawai Agama Pangkalan iaitu Puan Sabrina Bt Ali yang telah selamat melahirkan cahayamata lelaki pada tanggal 08 Jun 2009. Selain itu lawatan ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama anggota dan secara tidak langsung anggota akan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra lagi.

Rabu, 15 Julai 2009

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ZON SABAH / SARAWAK 2009




Kuching- 08 Jun 09- Pejabat Agama Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan satu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Sabah/Sarawak bagi tahun 2009 bertempat di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching. Majlis itu telah diadakan selama 2 hari bermula pada tarikh 08 Jun 2009 dan berakhir pada 10 Jun 2009. Seramai 30 orang peserta dari Pangkalan Udara Kuching termasuk dari Markas 2 Div Udara dan Pangkalan Udara Labuan telah menyertai Majlis tersebut.

Antara kategori yang di pertandingkan adalah Kategori Pegawai, Kategori Qari, Kategori Qariah dan Kategori Kanak-kanak. Seramai 5 orang Hakim jemputan khas juga telah di jemput bagi mengadili keputusan Majlis Tilawah Al-Quran pada hari itu. Majlis berjalan dengan lancar di samping anggota dan peserta yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

Semoga Majlis Tilawah yang dijalankan dapat memberi kesedaran kepada para pendengar dan dapat menarik minat para pendengar dalam meningkatkan mutu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada masa akan datang.

Rabu, 27 Mei 2009

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT PANGKALAN TUDM KUCHING.


Kuching-13 Mei 09- Satu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Pangkalan TUDM Kuching bagi tahun 2009 telah diadakan. Majlis itu diadakan selama 2 hari iaitu dari 13 Mei 09 sehingga 14 Mei 09. Majlis diadakan bertempat di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching.

Tujuan Majlis diadakan pada kali ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Pegawai, Kategori Qari, Kategori Qariah dan Kategori Kanak-Kanak. Majlis yang diadakan ini juga bertujuan untuk mencari peserta yang terbaik bagi mewakili Peringkat Zon Sabah/ Sarawak yang dijangka akan diadakan pada 08 sehingga 10 Jun 2009 ini

Semoga majlis yang diadakan ini akan menarik minat golongan masyarakat untuk lebih menceburkan diri dalam bidang ilmu keagamaan disamping dapat meningkatkan syiar-syiar Islam dan dapat mengharumkan nama Islam di persada antarabangsa.

PERJUMPAAN USRAH KAGAT ZON KUCHING


Kuching-05 Mei 09- Satu perjumpaan khas di antara pasukan-pasukan dari Kor Agama Tentera (KAGAT) telah diadakan.Perjumpaan itu telah diadakan bertempat di Surau Al- Jahirah Pangkalan TUDM. Perjumpaan diadakan pada jam 1000 pagi. Seramai 30 orang anggota termasuk beberapa orang pegawai KAGAT telah menghadiri majlis perjumpaan tersebut.

Tujuan perjumpaan diadakan adalah untuk mengumpulkan ahli-ahli dari setiap pasukan dan bertanyakan serta berkongsi masalah sepanjang berada di unit masing-masing. Perjumpaan itu dimulakan dengan sedikit bacaan doa dan Mathurat serta kuliah yang telah dipimpin oleh Pegawai Agama Pangkalan iaitu Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami. Pengisian kuliah pada hari tersebut ialah berkaitan teknik berkesan dan kaedah penyelenggaraan komputer yang baik. Setiap anggota yang hadir juga diberi pendedahan berkaitan cara dan teknik membuat laman blog.

Perjumpaan yang diadakan pada kali ini bukan saja dapat mengumpulkan kesemua ahli-ahli KAGAT malah dapat merapatkan hubungan silaturahim yang semakin hilang akibat kesibukan dalam masa bekerja. Majlis diakhiri dengan solat Zohor secara berjemaah dan jamuan makan tengahari telah disediakan.

MESYUARAT KOORDINASI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN 2009


Kuching-29 April 09- Satu persidangan Mesyuarat Koordinasi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Pangkalan bagi tahun 2009 telah diadakan. Mesyuarat itu telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pangkalan pada jam 1400 petang. Seramai 20 orang anggota telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan persiapan awal dalam persediaan sebelum mengadakan Majlis Tilawah. Antara yang dibincangkan adalah penugasan yang telah diagihkan mengikut skn/cwg, kategori pertandingan yang akan dipwertandingkan mengikut peringkat umur, serta hadiah yang disediakan bagi pemenang.

Majlis Tilawah Al-Quran pada kali ini bukan saja sekadar mencungkil mencari bakat-bakat baru dalam industri Tilawah tetapi untuk meningkatkan syiar Islam yang kian pudar dikikis zaman.

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM SIRI 01/2009


Kuching- 25 April 09- Satu program kursus Pra Perkahwinan Islam Siri 01/2009 telah diadakan bertempat di Masjid Solahuddin Al-Ayubi. Kursus itu diadakan selama 2 hari iaitu dari 25 hingga 26 April 2009. Penganjur kursus itu pada kali ini adalah dari Markas 3 Briged dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Seramai 70 orang anggota termasuk orang awam telah menghadiri kursus tersebut.

Tujuan kursus tersebut adalah untuk membentangkan konsep pelaksanaan kursus serta hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran perkahwinan. Selain itu, kursus yang diadakan bertujuan menyampaikan ilmu pengetahuan Agama yang mantap sebagai bekalan bagi menjadi suami/isteri yang baik.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari itu bukan sahaja memperjelaskan tentang ciri-ciri mukmin yang baik malah menyemai sikap prihatin terhadap ajaran Islam dan tanggungjawab selepas berkahwin.

Isnin, 20 April 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 01/2009



Kuching – 24 Mac 09- Satu program Kursus Pengurusan Jenazah Siri 01/2009 telah dilaksanakan. Program itu diadakan selama 3 hari pada 24 Mac 09 hingga 26 Mac 09 bertempat di Pusat Latihan Sarawak. Seramai 20 orang anggota TUDM dari pangkalan ini serta 32 anggota daripada Markas 1 Div, Markas 3 Bgd dan anggota Awam Sekitar Kampung di Kuching telah terlibat dalam program itu.

Tujuan program adalah untuk memberi kefahaman kepada para peserta mengenai pengurusan jenazah dan tuntutan menyempurnakannya. Malah program ini juga dapat meningkatkan kemahiran para peserta dalam proses menguruskan jenazah. Program ini secara tidak langsung akan dapat mewujudkan satu proses pengurusan jenazah secara tersusun dan teratur kepada para peserta.

Dengan terlaksananya program ini dapatlah para peserta mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai kepentingan dalam pengurusan jenazah.

TAHLIL BULANAN BAKAT PU KUCHING BULAN APR 09

Kuching -16 April 09- Satu Program Tahlil BAKAT Pangkalan telah diadakan bertempat di Rumah BAKAT Pangkalan, Kuarters TUDM Batu 10 ½, Kuching. Tahlil yang telah diadakan pada 16 April 09 itu telah dihadiri lebih kurang 30 orang anggota BAKAT bersama anak-anak. Penganjur tahlil pada hari itu ialah dari Cawang Operasi.
Tahlil bermula pada jam 1500 petang dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil serta sedikit tazkirah. Majlis ini telah dipimpin oleh Pbt Siti Noraini Bt Rosli. Tujuan tahlil pada hari itu adalah untuk mengadakan sedikit doa kesyukuran disamping mengumpulkan ahli-ahli BAKAT. Majlis berakhir pada jam 1700 petang dan sedikit jamuan disediakan sebelum besurai

Selasa, 14 April 2009

KULIAH TAJWID DAN TARANNUM AL-QURAN TAHUN 2009


Kuching – 21 Mac 2009- Satu program keagamaan iaitu Kuliah Tajwid dan Tarannum Al-Quran telah dilaksanakan bertempat di Surau Amru Al-Ash Batu 10 ½. Program yang dilaksanakan itu bertujuan untuk memperbetulkan bacaan dan memperbaiki mutu bacaan Al–Quran para peserta yang akan menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran tidak lama lagi.

Kuliah diadakan pada setiap hari sabtu pada jam 1430 petang mulai 21 Mac 2009 sehingga bulan Julai tahun ini. Program yang diadakan itu telah disertai 56 orang ahli anggota yang terdiri daripada ahli BAKAT dan anak-anak ahli BAKAT serta anggota dari pangkalan Kuching.Pengisian kuliah disampaikan oleh penceramah yang berkaliber pada setiap minggu. Kuliah Tajwid yang diajar oleh Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami dan seterusnya kuliah tarannum yang diajar oleh Lkpl Muhammad Hassan Basri Bin Ahmad. Terdapat juga kuliah Suara dan Fasohah oleh Ustaz Hip bin Suhaili.

Semoga kuliah tajwid dan tarannum yang diadakan pada setiap minggu ini akan dapat membantu para peserta dalam pertandingan tilawah dan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

Isnin, 13 April 2009

Majlis Penyerahan Cek Umrah Kepada Johan Qariah Tilawah TUDM 2008


Kuching- 13 Mac 2009- Satu majlis penyerahan cek pakej umrah ke tanah suci Makkah telah diadakan bertempat di pejabat Bilik Utama 1 Skuadron. Majlis penyerahan itu telah di hadiri oleh anggota pangkalan dan ketua-ketua cwg/skn serta keluarga pemenang.

Johan qariah tersebut ialah Puan Nor Azla Bte Johar, isteri kepada 715950 PW U II En Rebinor Bin Abu Samah. Puan Nor Azla Bt Johar merupakan johan qariah peringkat TUDM bagi tahun 2008. Beliau dengan diiringi suami telah diberikan cek oleh pemangku komander pangkalan iaitu Lt Kol Rosdin Bin Razali TUDM berjumlah RM 6000.00 (enam ribu ringgit)

Semoga kejayaan Puan Nor Azla akan menarik minat umum untuk lebih mengaktifkan diri dalam bidang program keagamaan khususnya Tilawah Al- Quran pada masa akan datang. Mengikut jadual Puan Nor Azla akan bertolak ke tanah suci Makkah pada 23 Mac 2009.

CERAMAH PERDANA MAULIDURRASUL DI SURAU AMRU AL-ASH’


12 Mac 2009- Pangkalan Udara Kuching telah mengadakan Majlis Ceramah Perdana bertajuk Solat, Jihad dan Maulidur Rasul. Majlis tersebut diadakan di Surau Amru Al- Ash Batu 10 ½ Kuarters TUDM, Serian. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah tersohor di Bumi Kenyalang ini iaitu Tuan Haji Sarbini Bin Haji Dahlan.

Ceramah disampaikan setelah selesai mengerjakan sembahyang Maghrib secara berjemaah. Dalam ceramah yang di berikan, dapatlah disimpulkan penceramah telah membincangkan adab-adab dalam berumahtangga sebagaimana Rasulullah bersama keluarganya.

Pada jam 2115 malam, semua ahli yang hadir pada malam itu bersama-sama mergerjakan sembahyang Isyak secara berjemaah. Setelah itu, hadirin disajikan dengan sedikit jamuan sebelum besurai. Majlis pada malam itu berakhir pada jam 2230 malam. Semoga ceramah pada malam itu akan dapat meningkatkan kesedaran sesama muslim dalam mencari keredhaan Allah bersempena dalam Bulan Maulidur Rasul yang mulia ini.

PEMERGIAN ANAK KEPADA PW II UDARA ENCIK MUSA BIN BAHARIN


07 Mac 2009 – Satu peristiwa sedih telah berlaku di Kompleks TUDM di Batu 10 ½ apabila isteri kepada PW II Udara Encik Musa Bin Baharin telah mengalami keguguran anak perempuan setelah genap 36 minggu.

Pada jam 0800 pagi, semua penghuni kuarters termasuk ahli-ahli BAKAT telah hadir dan berkumpul di Surau Amru Al- Ash. Jenazah tiba di perkarangan Surau Amru Al- Ash pada jam 0830 pagi diiringi oleh keluarga PW II Udara Encik Musa Bin Baharin.Jenazah bayi tersebut telah di uruskan oleh 5006374 Prebet Siti Noraini Binti Rosli.

Setelah itu, jenazah di sembahyangkan dengan diimamkan oleh Pegawai Agama Pangkalan Kapten Mohamad Mohaimin Bin Tamami. Pada jam 1030 pagi jenazah di bawa ke tanah perkuburan Kampung Haji Baki untuk disemadikan.Semoga pemergian anak kecil itu sentiasa dicucuri rahmat dan keluarga ini dititipkan kesabaran.

Sambutan Maulidur Rasul BAKAT Pangkalan Udara Kuching 1430H


05 Mac 2009- Satu Program Agama telah diadakan di Rumah BAKAT Kompleks TUDM di Batu 10 ½. Program ceramah ini telah diadakan pada hari Khamis jam 1500 petang. Seramai 60 anggota BAKAT serta anak-anak telah hadir.

Majlis dimulakan dengan selawat serta bacaan tahlil dan diiringi dengan doa selamat. Setelah selesai bacaan tahlil dan doa selamat, majlis diserikan lagi dengan ceramah perdana yang bertajuk “ Cabaran Wanita Alaf 21 dan Maulidur Rasul “ yang telah disampakan oleh Pegawai Agama Pangkalan iaitu Kapten Mohd Mohaimin Bin Tamami. Ceramah yang disampaikan pada hari itu mengingatkan kepada kaum wanita agar tidak terlalu mengejar keduniaan semata-mata kerana itulah cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita pada zaman moden ini.
Majlis tidak diakhiri begitu saja dan program dihangatkan lagi dengan sesi soal jawab agama dan setelah berakhirnya sesi soal jawab agama, sedikit jamuan telah diadakan sebelum hadirin besurai.

Fatwa Berkaitan Pemakanan

1) Agen Aktif Dalam Makanan
Keputusan Fatwa: Penggunaan agen aktif permukaan di dalam makanan adalah harus, dengan syarat sumber-sumber agen aktif permukaan tersebut diperolehi daripada tanaman dan sekiranya dari­pada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut cara Islam.
2) Keju Sebagai Bahan Makanan
Keputusan Fatwa: Keju sebagai bahan makanan adalah harus sama ada enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.
3) Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan
Keputusan Fatwa: Kordial yang mengandungi bahan perisa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:
· Alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak.
· Bahawa kuantiti alkohol dalam cita rasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.
4) Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam
Keputusan Fatwa: Bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.006%.
5) Penyembelihan Ayam Dengan Pelalian Water Stunner
Keputusan Fatwa: Penggunaan pelalian 'Water Stunner' dalam proses penyembelihan ayam adalah harus.
6) Penggunaan Mormon Psh-p (otak babi) Sebagai Bahan Peningkatan Ternakan
Keputusan Muzakarah:
i. Hormon PSH-P (otak babi) bahan penggalak yang diperolehi dari otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa pun bentuk sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman tersebut berasaskan kepada syubhah.
ii. Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada PSH-P (otak babi) diharamkan bahkan daging dan susunya.
iii. Pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Haiwan di seluruh negara hendaklah memberhentikan serta-merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon PSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.
7) Status Kesucian Ikan Diberi Makanan Tidak Halal
Keputusan Muzakarah: Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

8) Hukum Wine Vinegar (cuka wain)
Keputusan Muzakarah: Haram menggunakan cuka wain (wine vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Bagai-manapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka beriaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.
9) Hukum Mengenai Stunning Haiwan
Keputusan Muzakarah
(i) Kaedah stunning jenis Petetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan.
(ii) Hanya kaedah Kejutan Elektrik (electrical stunning) sahaja dibena­rkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a. Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only stunner).
b. Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; dan
c. Periu dikawal seiia oleh petugas Muslim yang berTauliah.(iii) Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat;
a. Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan; dan
b. Pertu dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.
(iv) Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan tersebut.
10) Hukum Kaedah Thoracic Sticking Dalam Sembelihan Haiwan
Keputusan Muzakarah: Kaedah Thoracic Sticking adalah prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Telah beriaku sembelihan yang sempuma (iaitu telah putus keempat-empat urat marih, halkum dan wadajain).
ii. Kaedah tersebut dijalankan selepas beriaku pendarahan sempurna (complete bleeding) atau selepas 30 saat penyembelihan beriaku.
iii. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah Thoracic Sticking hanya sekadar membantu mempercepatkan kematian.
iv. Kaedah ini perlu dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.
11) Gelatin Dalam Ubat
Keputusan Muzakarah: Penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat daripada cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.