Selasa, 14 April 2009

KULIAH TAJWID DAN TARANNUM AL-QURAN TAHUN 2009


Kuching – 21 Mac 2009- Satu program keagamaan iaitu Kuliah Tajwid dan Tarannum Al-Quran telah dilaksanakan bertempat di Surau Amru Al-Ash Batu 10 ½. Program yang dilaksanakan itu bertujuan untuk memperbetulkan bacaan dan memperbaiki mutu bacaan Al–Quran para peserta yang akan menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran tidak lama lagi.

Kuliah diadakan pada setiap hari sabtu pada jam 1430 petang mulai 21 Mac 2009 sehingga bulan Julai tahun ini. Program yang diadakan itu telah disertai 56 orang ahli anggota yang terdiri daripada ahli BAKAT dan anak-anak ahli BAKAT serta anggota dari pangkalan Kuching.Pengisian kuliah disampaikan oleh penceramah yang berkaliber pada setiap minggu. Kuliah Tajwid yang diajar oleh Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami dan seterusnya kuliah tarannum yang diajar oleh Lkpl Muhammad Hassan Basri Bin Ahmad. Terdapat juga kuliah Suara dan Fasohah oleh Ustaz Hip bin Suhaili.

Semoga kuliah tajwid dan tarannum yang diadakan pada setiap minggu ini akan dapat membantu para peserta dalam pertandingan tilawah dan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan