Isnin, 13 April 2009

Fatwa Berkaitan Pemakanan

1) Agen Aktif Dalam Makanan
Keputusan Fatwa: Penggunaan agen aktif permukaan di dalam makanan adalah harus, dengan syarat sumber-sumber agen aktif permukaan tersebut diperolehi daripada tanaman dan sekiranya dari­pada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut cara Islam.
2) Keju Sebagai Bahan Makanan
Keputusan Fatwa: Keju sebagai bahan makanan adalah harus sama ada enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.
3) Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan
Keputusan Fatwa: Kordial yang mengandungi bahan perisa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:
· Alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak.
· Bahawa kuantiti alkohol dalam cita rasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.
4) Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam
Keputusan Fatwa: Bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.006%.
5) Penyembelihan Ayam Dengan Pelalian Water Stunner
Keputusan Fatwa: Penggunaan pelalian 'Water Stunner' dalam proses penyembelihan ayam adalah harus.
6) Penggunaan Mormon Psh-p (otak babi) Sebagai Bahan Peningkatan Ternakan
Keputusan Muzakarah:
i. Hormon PSH-P (otak babi) bahan penggalak yang diperolehi dari otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa pun bentuk sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman tersebut berasaskan kepada syubhah.
ii. Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada PSH-P (otak babi) diharamkan bahkan daging dan susunya.
iii. Pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Haiwan di seluruh negara hendaklah memberhentikan serta-merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon PSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.
7) Status Kesucian Ikan Diberi Makanan Tidak Halal
Keputusan Muzakarah: Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

8) Hukum Wine Vinegar (cuka wain)
Keputusan Muzakarah: Haram menggunakan cuka wain (wine vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Bagai-manapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka beriaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.
9) Hukum Mengenai Stunning Haiwan
Keputusan Muzakarah
(i) Kaedah stunning jenis Petetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan.
(ii) Hanya kaedah Kejutan Elektrik (electrical stunning) sahaja dibena­rkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a. Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only stunner).
b. Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; dan
c. Periu dikawal seiia oleh petugas Muslim yang berTauliah.(iii) Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat;
a. Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan; dan
b. Pertu dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.
(iv) Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan tersebut.
10) Hukum Kaedah Thoracic Sticking Dalam Sembelihan Haiwan
Keputusan Muzakarah: Kaedah Thoracic Sticking adalah prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Telah beriaku sembelihan yang sempuma (iaitu telah putus keempat-empat urat marih, halkum dan wadajain).
ii. Kaedah tersebut dijalankan selepas beriaku pendarahan sempurna (complete bleeding) atau selepas 30 saat penyembelihan beriaku.
iii. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah Thoracic Sticking hanya sekadar membantu mempercepatkan kematian.
iv. Kaedah ini perlu dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.
11) Gelatin Dalam Ubat
Keputusan Muzakarah: Penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat daripada cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan