Rabu, 15 Julai 2009

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ZON SABAH / SARAWAK 2009




Kuching- 08 Jun 09- Pejabat Agama Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan satu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Sabah/Sarawak bagi tahun 2009 bertempat di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching. Majlis itu telah diadakan selama 2 hari bermula pada tarikh 08 Jun 2009 dan berakhir pada 10 Jun 2009. Seramai 30 orang peserta dari Pangkalan Udara Kuching termasuk dari Markas 2 Div Udara dan Pangkalan Udara Labuan telah menyertai Majlis tersebut.

Antara kategori yang di pertandingkan adalah Kategori Pegawai, Kategori Qari, Kategori Qariah dan Kategori Kanak-kanak. Seramai 5 orang Hakim jemputan khas juga telah di jemput bagi mengadili keputusan Majlis Tilawah Al-Quran pada hari itu. Majlis berjalan dengan lancar di samping anggota dan peserta yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

Semoga Majlis Tilawah yang dijalankan dapat memberi kesedaran kepada para pendengar dan dapat menarik minat para pendengar dalam meningkatkan mutu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan