Isnin, 20 April 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 01/2009



Kuching – 24 Mac 09- Satu program Kursus Pengurusan Jenazah Siri 01/2009 telah dilaksanakan. Program itu diadakan selama 3 hari pada 24 Mac 09 hingga 26 Mac 09 bertempat di Pusat Latihan Sarawak. Seramai 20 orang anggota TUDM dari pangkalan ini serta 32 anggota daripada Markas 1 Div, Markas 3 Bgd dan anggota Awam Sekitar Kampung di Kuching telah terlibat dalam program itu.

Tujuan program adalah untuk memberi kefahaman kepada para peserta mengenai pengurusan jenazah dan tuntutan menyempurnakannya. Malah program ini juga dapat meningkatkan kemahiran para peserta dalam proses menguruskan jenazah. Program ini secara tidak langsung akan dapat mewujudkan satu proses pengurusan jenazah secara tersusun dan teratur kepada para peserta.

Dengan terlaksananya program ini dapatlah para peserta mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai kepentingan dalam pengurusan jenazah.

TAHLIL BULANAN BAKAT PU KUCHING BULAN APR 09

Kuching -16 April 09- Satu Program Tahlil BAKAT Pangkalan telah diadakan bertempat di Rumah BAKAT Pangkalan, Kuarters TUDM Batu 10 ½, Kuching. Tahlil yang telah diadakan pada 16 April 09 itu telah dihadiri lebih kurang 30 orang anggota BAKAT bersama anak-anak. Penganjur tahlil pada hari itu ialah dari Cawang Operasi.
Tahlil bermula pada jam 1500 petang dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil serta sedikit tazkirah. Majlis ini telah dipimpin oleh Pbt Siti Noraini Bt Rosli. Tujuan tahlil pada hari itu adalah untuk mengadakan sedikit doa kesyukuran disamping mengumpulkan ahli-ahli BAKAT. Majlis berakhir pada jam 1700 petang dan sedikit jamuan disediakan sebelum besurai

Selasa, 14 April 2009

KULIAH TAJWID DAN TARANNUM AL-QURAN TAHUN 2009


Kuching – 21 Mac 2009- Satu program keagamaan iaitu Kuliah Tajwid dan Tarannum Al-Quran telah dilaksanakan bertempat di Surau Amru Al-Ash Batu 10 ½. Program yang dilaksanakan itu bertujuan untuk memperbetulkan bacaan dan memperbaiki mutu bacaan Al–Quran para peserta yang akan menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran tidak lama lagi.

Kuliah diadakan pada setiap hari sabtu pada jam 1430 petang mulai 21 Mac 2009 sehingga bulan Julai tahun ini. Program yang diadakan itu telah disertai 56 orang ahli anggota yang terdiri daripada ahli BAKAT dan anak-anak ahli BAKAT serta anggota dari pangkalan Kuching.Pengisian kuliah disampaikan oleh penceramah yang berkaliber pada setiap minggu. Kuliah Tajwid yang diajar oleh Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami dan seterusnya kuliah tarannum yang diajar oleh Lkpl Muhammad Hassan Basri Bin Ahmad. Terdapat juga kuliah Suara dan Fasohah oleh Ustaz Hip bin Suhaili.

Semoga kuliah tajwid dan tarannum yang diadakan pada setiap minggu ini akan dapat membantu para peserta dalam pertandingan tilawah dan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

Isnin, 13 April 2009

Majlis Penyerahan Cek Umrah Kepada Johan Qariah Tilawah TUDM 2008


Kuching- 13 Mac 2009- Satu majlis penyerahan cek pakej umrah ke tanah suci Makkah telah diadakan bertempat di pejabat Bilik Utama 1 Skuadron. Majlis penyerahan itu telah di hadiri oleh anggota pangkalan dan ketua-ketua cwg/skn serta keluarga pemenang.

Johan qariah tersebut ialah Puan Nor Azla Bte Johar, isteri kepada 715950 PW U II En Rebinor Bin Abu Samah. Puan Nor Azla Bt Johar merupakan johan qariah peringkat TUDM bagi tahun 2008. Beliau dengan diiringi suami telah diberikan cek oleh pemangku komander pangkalan iaitu Lt Kol Rosdin Bin Razali TUDM berjumlah RM 6000.00 (enam ribu ringgit)

Semoga kejayaan Puan Nor Azla akan menarik minat umum untuk lebih mengaktifkan diri dalam bidang program keagamaan khususnya Tilawah Al- Quran pada masa akan datang. Mengikut jadual Puan Nor Azla akan bertolak ke tanah suci Makkah pada 23 Mac 2009.

CERAMAH PERDANA MAULIDURRASUL DI SURAU AMRU AL-ASH’


12 Mac 2009- Pangkalan Udara Kuching telah mengadakan Majlis Ceramah Perdana bertajuk Solat, Jihad dan Maulidur Rasul. Majlis tersebut diadakan di Surau Amru Al- Ash Batu 10 ½ Kuarters TUDM, Serian. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah tersohor di Bumi Kenyalang ini iaitu Tuan Haji Sarbini Bin Haji Dahlan.

Ceramah disampaikan setelah selesai mengerjakan sembahyang Maghrib secara berjemaah. Dalam ceramah yang di berikan, dapatlah disimpulkan penceramah telah membincangkan adab-adab dalam berumahtangga sebagaimana Rasulullah bersama keluarganya.

Pada jam 2115 malam, semua ahli yang hadir pada malam itu bersama-sama mergerjakan sembahyang Isyak secara berjemaah. Setelah itu, hadirin disajikan dengan sedikit jamuan sebelum besurai. Majlis pada malam itu berakhir pada jam 2230 malam. Semoga ceramah pada malam itu akan dapat meningkatkan kesedaran sesama muslim dalam mencari keredhaan Allah bersempena dalam Bulan Maulidur Rasul yang mulia ini.

PEMERGIAN ANAK KEPADA PW II UDARA ENCIK MUSA BIN BAHARIN


07 Mac 2009 – Satu peristiwa sedih telah berlaku di Kompleks TUDM di Batu 10 ½ apabila isteri kepada PW II Udara Encik Musa Bin Baharin telah mengalami keguguran anak perempuan setelah genap 36 minggu.

Pada jam 0800 pagi, semua penghuni kuarters termasuk ahli-ahli BAKAT telah hadir dan berkumpul di Surau Amru Al- Ash. Jenazah tiba di perkarangan Surau Amru Al- Ash pada jam 0830 pagi diiringi oleh keluarga PW II Udara Encik Musa Bin Baharin.Jenazah bayi tersebut telah di uruskan oleh 5006374 Prebet Siti Noraini Binti Rosli.

Setelah itu, jenazah di sembahyangkan dengan diimamkan oleh Pegawai Agama Pangkalan Kapten Mohamad Mohaimin Bin Tamami. Pada jam 1030 pagi jenazah di bawa ke tanah perkuburan Kampung Haji Baki untuk disemadikan.Semoga pemergian anak kecil itu sentiasa dicucuri rahmat dan keluarga ini dititipkan kesabaran.

Sambutan Maulidur Rasul BAKAT Pangkalan Udara Kuching 1430H


05 Mac 2009- Satu Program Agama telah diadakan di Rumah BAKAT Kompleks TUDM di Batu 10 ½. Program ceramah ini telah diadakan pada hari Khamis jam 1500 petang. Seramai 60 anggota BAKAT serta anak-anak telah hadir.

Majlis dimulakan dengan selawat serta bacaan tahlil dan diiringi dengan doa selamat. Setelah selesai bacaan tahlil dan doa selamat, majlis diserikan lagi dengan ceramah perdana yang bertajuk “ Cabaran Wanita Alaf 21 dan Maulidur Rasul “ yang telah disampakan oleh Pegawai Agama Pangkalan iaitu Kapten Mohd Mohaimin Bin Tamami. Ceramah yang disampaikan pada hari itu mengingatkan kepada kaum wanita agar tidak terlalu mengejar keduniaan semata-mata kerana itulah cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita pada zaman moden ini.
Majlis tidak diakhiri begitu saja dan program dihangatkan lagi dengan sesi soal jawab agama dan setelah berakhirnya sesi soal jawab agama, sedikit jamuan telah diadakan sebelum hadirin besurai.

Fatwa Berkaitan Pemakanan

1) Agen Aktif Dalam Makanan
Keputusan Fatwa: Penggunaan agen aktif permukaan di dalam makanan adalah harus, dengan syarat sumber-sumber agen aktif permukaan tersebut diperolehi daripada tanaman dan sekiranya dari­pada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut cara Islam.
2) Keju Sebagai Bahan Makanan
Keputusan Fatwa: Keju sebagai bahan makanan adalah harus sama ada enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.
3) Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan
Keputusan Fatwa: Kordial yang mengandungi bahan perisa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:
· Alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak.
· Bahawa kuantiti alkohol dalam cita rasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.
4) Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam
Keputusan Fatwa: Bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.006%.
5) Penyembelihan Ayam Dengan Pelalian Water Stunner
Keputusan Fatwa: Penggunaan pelalian 'Water Stunner' dalam proses penyembelihan ayam adalah harus.
6) Penggunaan Mormon Psh-p (otak babi) Sebagai Bahan Peningkatan Ternakan
Keputusan Muzakarah:
i. Hormon PSH-P (otak babi) bahan penggalak yang diperolehi dari otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa pun bentuk sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman tersebut berasaskan kepada syubhah.
ii. Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada PSH-P (otak babi) diharamkan bahkan daging dan susunya.
iii. Pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Haiwan di seluruh negara hendaklah memberhentikan serta-merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon PSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.
7) Status Kesucian Ikan Diberi Makanan Tidak Halal
Keputusan Muzakarah: Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

8) Hukum Wine Vinegar (cuka wain)
Keputusan Muzakarah: Haram menggunakan cuka wain (wine vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Bagai-manapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka beriaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.
9) Hukum Mengenai Stunning Haiwan
Keputusan Muzakarah
(i) Kaedah stunning jenis Petetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan.
(ii) Hanya kaedah Kejutan Elektrik (electrical stunning) sahaja dibena­rkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a. Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only stunner).
b. Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; dan
c. Periu dikawal seiia oleh petugas Muslim yang berTauliah.(iii) Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat;
a. Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan; dan
b. Pertu dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.
(iv) Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan tersebut.
10) Hukum Kaedah Thoracic Sticking Dalam Sembelihan Haiwan
Keputusan Muzakarah: Kaedah Thoracic Sticking adalah prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Telah beriaku sembelihan yang sempuma (iaitu telah putus keempat-empat urat marih, halkum dan wadajain).
ii. Kaedah tersebut dijalankan selepas beriaku pendarahan sempurna (complete bleeding) atau selepas 30 saat penyembelihan beriaku.
iii. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah Thoracic Sticking hanya sekadar membantu mempercepatkan kematian.
iv. Kaedah ini perlu dikawal selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.
11) Gelatin Dalam Ubat
Keputusan Muzakarah: Penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat daripada cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.