Rabu, 6 Januari 2010

TAHLIL DAN MAJLIS CUKUR JAMBUL


Satu majlis tahlil dan cukur jambul telah diadakan sekitar pertengahan bulan November 2009 yang lalu. Majlis itu telah dipimpin oleh Pegawai Agama Pangkalan iaitu Kapten Mohd Mohaimin Bin Tamami. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan Yassin kemudian dituruti dengan sesi cukur jambul. Seramai 50 orang telah menghadiri majlis tersebut. Majlis cukur jambul ini berjalan dengan lancar dan kesemua bayi-bayi yang menyertai sesi cukur jambul tidak mempunyai sebarang masalah.

4 ulasan:

  1. meriah sungguh suasana tersebut dengan kehadiran yang begitu memberangsangkan

    BalasPadam
  2. orang cakap kalau nak cukur rambut anak kena cukur semua sekali. apa pandangan ustaz?

    BalasPadam
  3. kalau ibubapa tu tak nak cukur rambut anak dia sampai botak macam mane ye? mungkin sebab dia takut rambut anak dia tak akan tumbuh balik ke

    BalasPadam
  4. Dalam kitab Qanun Fi Tibb Ibn Sina dinyatakan antara kelebihan bercukur (cukur semua rambut anak yg baru lahir) adalah dapat mencerahkan mata anak, anak menjadi lebih cerdas, lebih bijak DLL kerana ia Sunnah Rasulullah. Sunnah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran anak dengan disunnatkan "tabsim" iaitu memberi nama dan mengistiharkan kepada orang ramai disamping mengadakan sembelihan Aqiqah sekiranya mampu.

    BalasPadam