Rabu, 6 Januari 2010

LAWATAN KEBAJIKAN SEMPENA KELAHIRAN ANAK PERTAMA.


Menerima kehadiran cahayamata merupakan saat yang paling dinantikan setiap pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga. Justeru kehadiran cahayamata merupakan aset lengkap dalam kehidupan rumahtangga setiap pasangan suami isteri. Berbagai perasaan yang akan dialami bagi mereka yang baru pertama kali menerima kehadiran cahayamata pertama. Begitulah yang dialami oleh salah seorang anggota staf KAGAT Pejabat Agama Pangkalan Udara Kuching Iaitu 1131146 Lkpl Mohamad Sofiyuddin Bin Ayob. Beliau adalah diantara salah seorang ribuan pasangan suami isteri yang baru sahaja menerima kelahiran anak sulung pertama. Justeru itu, staf Pejabat Agama PU Kuching tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraikan hari bahagia tersebut bersama anggota di kediaman beliau. Seramai 10 orang tetamu telah hadir bagi menziarahi pasangan tersebut.

Semoga kehadiran bayi tersebut akan menambahkan lagi kebahagiaan yang dibina oleh anggota dan pasangannya.

1 ulasan:

  1. setiap anak yang dilahirkan merupakan anugerah yang tidak ternilai.justeru anak itu haruslah dijaga dengan diberi didikin dan ilmu agama sebagai bekalannya di kemudian hari

    BalasPadam