Isnin, 26 April 2010

HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW


RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

MENANGANI KEBOSANAN

<
SETIAP individu kebiasaannya akan mengalami kebosanan. Terdapat banyak faktor kenapa kebosanan boleh berlaku pada diri kini. Pada golongan pelajar rasa bosan yang terdapat di dalam jiwa kita boleh memberi kesan yang buruk dalam proses pembelajaran.

Oleh itu rasa kebosanan ini tidak boleh dibiarkan meresapi di jiwa kita secara berleluasa. Langkah yang merupai perancangan harus diatur agar kebosanan dapat ditangani ke arah mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih tenang dan efektif.

Di antara perancangan yang harus dilakukan adalah seperti berikut:

• Pengurusan masa yang strategik: Pengurusan masa merupakan factor yang penting dalam menentukan tindakan seseorang pelajar. Jika masa dapat diurus dengan baik, setiap detik akan dipenuhi dengan tindakan. Tidak timbul masa terluang yang akan menyebabkan seseorang pelajar itu merasa ketidaktentuan yang mendorong ke arah kebosanan.
• Penumpuan dalam kelas: Salah satu faktor yang menyebabkan kebosanan terhadap sesuatu mata pelajaran ialah kekeliruan atau ketidakfahaman dalam mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Kebiasaannya pelajar yang kerap merasa bosan ialah pelajar yang bersifat pasif, tidak mahu bertanya serta kurang berinteraksi dengan guru untuk menyelesaikan sebarang kekeliruan dalam pelajaran. Maka akhibatnya pelajar tersebut akan merasa malas, kurang berminat untuk belajar dan terus dihantui dengan kebosanan. Oleh itu untuk mengelakkannya seseorang pelajar harus sentiasa bersedia untuk menghadapi pelajaran, meumpukan sepenuh perhatian dalam kelas, bertanya dan berinteraksi dengan guru untuk mendapat penjelasan. Jika setiap pelajaran yang diberikan oleh guru itu dapat difahami oleh pelajar maka sudah tentu rasa bosan untuk belajar dapat diatasi dan tidak akan wujud dalam jiwa pelajar.
• Strategi belajar. “Study smart not hard” begitulah kata-kata yang menunjukkan strategi belajar adalah penting dalam menentukan kejayaan. Di sini bermaksud seseorang pelajar harus mempelbagaikan strategi belajarnya. Membaca dengan menggunakan pancaindera mata sahaja akan menyebabkan seseorang itu meras letih dan seterusnya akan mengalamai kebosanan. Oleh itu pelajar harus bijak menggunakan strategti lain seperti catatan nota kecil, peta minda, diskusi atau melayari internet (Portal Pendidikan Utusan – www.tutor.com.my banyak menyediakan nota dan latihan untuk para pelajar) untuk mendapat bahan dan latihan tambahan.
• Keyakinan diri: Faktor yang penting yang dapat mempengaruhi diri kita ialah keyakinan diri. Para pelajar harus meyakini diri sendiri dengan menganggapkan apa sahaja perkara-perkara yang baik yang dapat dilakukan oleh seseorang itu dapat juga dilakukan oleh anda. Dengan adanya sistem meritrokrasi anda harus melakukan sesuatu yang terbaik untuk melayakkan diri anda ke IPT Ini bermakna sisitem meritrokrasi ini menganggapkan anda dapat melakukan yang terbaik tidak kira bangsa atau keturunan. Hanya dengan keyakinan diri sahajalah sesutu yang dianggap mustahil ini akan menjadi kenyataan bagi anda melakukannya.

Selasa, 26 Januari 2010

SEMBAHYANG GERHANA MATAHARI


Gerhana ada dua iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan. Gerhana matahari berlaku  apabila bulan melindungi matahari manakala gerhana bulan berlaku apabila bulan berada di dalam kawasan bayang-bayang bumi. Apabila berlaku gerhana sama ada gerhana itu sebahagian atau keseluruhan di sunatkan sembahyang bagi mereka yang bermukim, musafir, merdeka , hamba, lelaki dan perempuan.Hukum bagi sembahyang gerhana adalah sunat muakad. Justeru, tanggal 15 Januari 2010, Pejabat Agama Pangkalan Udara Kuching telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sembahyang gerhana matahari pada tarikh tersebut. Lebih kurang jam 1500 semua anggota pangkalan telah berkumpul di Surau Pangkalan untuk sama-sama mengerjakan sembahyang secara berjemaah. Majlis telah dipimpin oleh Pegawai Agama Pangkalan iaitu Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami.

Rabu, 6 Januari 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI ASYURA 1431H


Banyak Hari-hari Kebesaran dalam Islam yang perlu diketahui dan dipelajari. Kadangkala kita tahu tentang Hari Kebesaran tersebut dan tahu jalan ceritanya namun kita lupa bila tarikh Hari Kebesaran tersebut berlaku. Antara salah satu Hari Kebesaran dalam Islam yang patut kita tahu ialah Hari Asyura. Hari Asyura telah dilaksanakan pada 26 Dis 2009 bertempat di Surau Amru Al ‘Ash Batu 10 ½. Penglibatan anggota terdiri daripada penghuni – penghuni kuaters dan orang-orang kampung. Antara aktiviti yang dilakukan sempena dengan majlis tersebut adalah gotong royong membersihkan surau dan memasak bubur lambuk secara beramai-ramai.

Pada sebelah malam pula, diadakan ceramah perdana yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Mej Hj Muntaha bin Hj Saleh selaku Pegawai Staf 2 Agama dari Markas 3 Briged, Kem penrissen. Kehadiran anggota pada malam tersebut adalah seramai 150 orang bersama keluarga masing-masing. Sebelum majlis berakhir, sedikit jamuan telah disediakan dan majlis selesai lebih kurang jam 2130 malam.

LAWATAN KEBAJIKAN SEMPENA KELAHIRAN ANAK PERTAMA.


Menerima kehadiran cahayamata merupakan saat yang paling dinantikan setiap pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga. Justeru kehadiran cahayamata merupakan aset lengkap dalam kehidupan rumahtangga setiap pasangan suami isteri. Berbagai perasaan yang akan dialami bagi mereka yang baru pertama kali menerima kehadiran cahayamata pertama. Begitulah yang dialami oleh salah seorang anggota staf KAGAT Pejabat Agama Pangkalan Udara Kuching Iaitu 1131146 Lkpl Mohamad Sofiyuddin Bin Ayob. Beliau adalah diantara salah seorang ribuan pasangan suami isteri yang baru sahaja menerima kelahiran anak sulung pertama. Justeru itu, staf Pejabat Agama PU Kuching tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraikan hari bahagia tersebut bersama anggota di kediaman beliau. Seramai 10 orang tetamu telah hadir bagi menziarahi pasangan tersebut.

Semoga kehadiran bayi tersebut akan menambahkan lagi kebahagiaan yang dibina oleh anggota dan pasangannya.

TAHLIL DAN MAJLIS CUKUR JAMBUL


Satu majlis tahlil dan cukur jambul telah diadakan sekitar pertengahan bulan November 2009 yang lalu. Majlis itu telah dipimpin oleh Pegawai Agama Pangkalan iaitu Kapten Mohd Mohaimin Bin Tamami. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan Yassin kemudian dituruti dengan sesi cukur jambul. Seramai 50 orang telah menghadiri majlis tersebut. Majlis cukur jambul ini berjalan dengan lancar dan kesemua bayi-bayi yang menyertai sesi cukur jambul tidak mempunyai sebarang masalah.