Selasa, 25 Ogos 2009

CERAMAH AWAL RAMADHAN


Bersempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelang tidak lama lagi, satu ceramah awal Ramadhan telah diadakan. Pada 13 hb Ogos bertempat di Surau As-Syuhada, Batu kawa, program ceramah telah dilaksanakan. Program itu diadakan sebanyak 2 kali dan 1 lagi program ceramah telah dilaksanakan pada 20 ogos 09 bertempat di Surau Amru Al- Ash, Batu 10 1/2, Kuarters Perumahan TUDM, Serian. Antara pengisian pada malam itu adalah mengenai perkara yang harus dilakukan sempena menyambut Bulan Ramadhan seperti amalan bersedekah, bertadarus dan sembahyang tarawikh. Penceramah pada malam itu adalah Pegawai Agama Pangkalan iaitu Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami.

Jumaat, 14 Ogos 2009

KUNJUNGAN USRAH KAGAT DI RUMAH PEGAWAI AGAMA PANGKALAN


Pada awal bulan Julai yang lalu, ahli-ahli KAGAT sekitar Kuching telah mengadakan satu sesi kunjungan di rumah Pegawai Agama Pangkalan TUDM Kuching iaitu Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami.

Kunjungan yang diadakan ini bertujuan untuk menziarahi isteri kepada Pegawai Agama Pangkalan yang telah selamat melahirkan seorang cahayamata lelaki pada tanggal 08 jun 09.Seramai 15 orang ahli-ahli KAGAT telah hadir untuk memeriahkan suasana. Semoga si kecil yang selamat dilahirkan itu akan terus membesar dengan sihat dan ceria.

LAWATAN KEBAJIKAN DIRUMAH PEGAWAI AGAMA PANGKALAN


Kuching- Julai 2009- Satu sesi lawatan kebajikan telah diadakan dirumah Pegawai Agama Pangkalan TUDM Kuching iaitu Kapt Mohd Mohaimin Bin Tamami. Lawatan ini telah dihadiri lebih kurang 10 orang anggota yang terdiri dari staf Pejabat Agama Pangkalan.

Lawatan yang diadakan itu bertujuan untuk menziarahi isteri Pegawai Agama Pangkalan iaitu Puan Sabrina Bt Ali yang telah selamat melahirkan cahayamata lelaki pada tanggal 08 Jun 2009. Selain itu lawatan ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama anggota dan secara tidak langsung anggota akan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra lagi.